Thursday, August 19, 2010

Roh Di Bulan Ramadan

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"

Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan
mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat
berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda
telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan
beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan
mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam
kebaikan.

Monday, May 24, 2010

Islam untuk individu ??

isu ini memang panas kalu nak d perkatakan. Tapi mesti fikir betul-betul. aku pun bukan nye pandai sgt dgn isu ini, tapi cuma nak menyatakan kekesalan dengan individu2 hari ini. Yang aku tahu dan belajar selama ini agama islam untuk semua umat islam. Tapi aku sgt kecewa, kerana ada yg mengaku bijak pandai tapi tak ikhlas agama nya,,,,

banyak contoh2 nye,,, fikir le sendiri

Agama islam adalah untuk semua umat islam tak kira dari mana asal orag tu atau dari parti mana ia. Kenapa jikalau ceramah agama harus d letakkan sesuatu tanda atau apa-apalah tanda yang menyatakan ceramah tersebut anjurannya. adakan ingin kan pujian atau sbg nya. ceramah agama itu satu kebaikan dan ibadah. Jangan pulak, kita yg menganjurkannya untuk kebaikan menjadi satu dosa, kalau ceramah terbuka maka terbuka lah pada semua orang .

Atau adakah individu2 itu hendak menunjukkan bahawa ia saja yang beragama islam dan patuh kapadanya. Sebagai individu atau ????? . kita buat je lah secara ikhlas untuk semua org datang mendengar ceramah agama tu , tak kira kawan atau musuh akan dapat ikhtibar dari ceramah tersebut.

DAPATLAH PAHALA BUKAN NYA DOSA !!!!!!!!

cakap dalam gelap , dengar dengar
cakap siang, tengok tengok

paham-paham le sendiri , tak boleh cakap lebih2 nanti ********

Thursday, May 20, 2010

aku gosok2 aku cium2

sudah lama aku idamkan nye, kini baru aku dapat. aku dengar berita kedatangan nye katika aku di pejabat. tak sabar aku nak lari balik rumah je untuk berjumpa idaman ku ini. ahhhh sabar je dulu, ia kan dah jadi milik ku, tak kan kemana dia kerana ia memang milik ku. sudah lama ku fikir dan ku fikir untuk menerima nye, aku kira2 bajet yg ada, cukup tak?

yeeeee, akhir nye aku membuat keputusan akhir nye dengan menerima ia untuk menyenang kan aku.

sampai je d rumah aku gosok aku peluk dan aku cium. terus aku cucuk bontot nya. nak tes dulu, mana tahu kalau ia tak berfungsi. wah!!! ia terus berfungsi, aku gosok2 lagi dengan penuh manja dan kasih sayang.

inilah yang aku impikan dan ingini LAKTOP akhirnye aku ndapat juga kooooo

Thursday, April 29, 2010

Kenangan di Pantai Indah





"BERCANDA DIPASIRAN PANTAI,KITA BERDUA MEMADU ASMARA" petikan dari lagu Anita Serawak,,

kalau nak tahu ini lah pantai Irama banchok, kelantan.

sape2 yang tak pernah ke kelantan dan nak makan angin kesana , jangan lupa pegi pantai nih, ombak nye yang cantik dan jupe org2 kelate nye yang peramah,,,,

cuti sekolah nanti bawak anak2 p jalan2 kat Kelantan , cantik oooooo, nak shoping pun boleh, jangan ingat bercuti luar negara je best tau, dalam malaysia pun banyak tempat yang menarik, Pada yang banyak duit tu laburkanlah kepada rakyat sendiri jangan dok tabur duit kat luar negara je.

MONYET DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN !!!!!!

Tuesday, April 27, 2010

kene cucuk


Hari ni si comel ni kene cucuk jarum,,,, siapa sangka baru 4 bulan pun tak takut jarum oooo. tak nangis pun. Dia senyum je tengok c jururawat tu pegang jarum.


agaknye kalau dia blh cakap , ini yg dia kata ye, "alah , aku tak takut pun dgn jarum , hehehe".


Tapi tetap sedia kan ubat demam gak, org kata lepas kene cucuk, baby akan demam. entah le baby aku nih, demam ke tidak. nak d cucuk pun dia blh ketawa tuuuu. kene cucuk lum nih tak de demam pun, tapi sakit demam tu dari ALLAH, kite redha dan bersabar je lah.


ini le buah hati pengarang jantung ku Daniel,,,,,,


aku berdoa dan berharap lepas ini tak de lagi dugaan aku dengan baby nih,.


nak sakit jantung aku, dengan masalah sebelum nih.


mama hrp baby sihat dan selalu d samping mama.....




Sunday, April 25, 2010

AIR TELAGA


Kenikmatan dapat menikmati AIR TELAGA,,,
kesejukannye wauuuuu , menyengat sampai tulang tuuuu,,, susah nak dapat sekarang nih, sume umah dah tak pakai telaga dah, sume nak senang , pulas je keluar air,

boleh menjaga kesihatan gak nih, kene cebok dulu dgn baldi , dalam oooooo, nak sampi atas berpeluh dulu, tu yang bgs tu, berpeluuuh, pas tu dpt siram air telaga kat bdn oooo best oooo.
ini lah air real dari mata air dlm tanah.

kalau air dr paip sume dah masuk klorin, tak best cam air telaga, grenti bebas dr klorin punyeeeee.

bebudak bandar pun dah tak kenal telaga dah kot, dia org tgk telaga kat buku je, tak pernah tgk real punye,,,,

klu ada anak2 tu , bawak2 le p jln kat kg, ajar kenali khazanah kampung lak. ini tak, anak2 asyik depan komputer main games perang, cam ne anak membesar tak jd org yg ganas,,,,,,,

kenal2 le juga kehidupan kg sebelum terlambat, mungkin suati hr nanti sdh tak de lg kg, sume dah jd bandar , itu dah terlambat utk kenali nyeeeee
















Wednesday, April 14, 2010

Kos Perbelanjaan Makin Meningkat








NASIB KITA SEKARANG TIADA SIAPA TAHU, MAKIN HARI HARGA MINYAK DAN HARGA BARANG SEHARIAN MAKIN NAIK, GAJI JE YANG TAK NAIK.


KENAPA KITA BERPELUK TUBUH SAJA, SEBAGAI SURI RUMAH PUN KITA BOLEH MENJANA PENDAPATAN UNTUK MEMBANTU SI SUAMI YANG MENCARI PENDAPATAN DI LUAR.

MEMANG KITA PERLU BERFIKIR UNTUK MEMULAKAN SESUATU YANG MEMELUKAN MODAL, TAPI JGN SAMPAI KITA YG RUGI KERANA ORANG LAIN DAH BERJAYA TAPI KITA MASIH DENGAN WAS-WAS.


CUBA DULU, BARANG INI KEPERLUAN KITA SEHARIAN, BOLEH DI GUNAKAN SENDIRI ATAU KLU ADA PERMINTAAN BOLEH DI JUAL , TAPI KITA BUKAN PENJUAL


KALAU DAH RASA ADA KEINSAFAN DAN INGIN MENAMBAH PENDAPATAN LAYARI LAH LAMAN WEB DI BAWAH


WWW.ALLSTARPerfumes.com/Aznita



Selamat Berjaya !!!!!!!!


































Permulaan hidupku d Kuala Lumpur

Bukan niatku nak menagih simpati sesiapa, tapi ini sekadar untuk tatapan semua dan mengingat kan aku bertapa susahnya hidup ku pada permulaan hidup sbg anak rantau yang jauh dari keluarga. Juga aku adaptasikan cerita ini untuk menghubungi kawan ku yg telah lama terpisah agar jika di membaca coretan ini dan masih mengingati kisah ini agar dapat hubungi aku .

Bulan pertama aku di Kuala Lumpur. Kedatangan aku ke Kuala Lumpur di halang keras oleh ibu.Tapi kedegilan aku tidak dapat di halang. Bersama kawan aku ke Kuala Lumpur. Menumpang di rumah kakaknya rumah setinggan je, setingan pun setinggan le janji aku dah sampai ke KL, disinilah bermula kehidupan aku sebagai anak kota.

KL dah sampai, tempat berteduh pun dah ada, perlulah aku cari kerja untuk tggl lama di KL nih.Cam ne nak p cari kerja nih? Duit tambang tak de, terpaksa le pinjam dulu, ye lah kalau tak pinjam cam ne nak p cari keje, takkan nak jln kaki, gile hoooo, jauh nih , umah ni kat cheras nak ke KL.

Tempat tujuan pertama untuk cari keje ialah Kota Raya, klu sekarang di suruh p Kota Raya , mampuiah aku tak nak, dgn jem nye, dgn ramai indon,bangla dll, dah bukan macam di malaysia dah. Sambung balik cite tadi. Aku dapat keje di Kota Raya sbg juru jual, gaji nye boleh le untuk sara hidup aku kat KL nih. minggu depan boleh mula keje.

Masalah lagi menimpa aku, pegi kerja dgn bas (masa tu bas mini 60 sen) perlukan duit tambang, duit aku dah habis, cam ne nih,. pinjam lagi lah jawabnye. Aku janji bila dpt gaji nanti aku bayar.

Dah seminggu aku keje sbg juru jual, kawan ku pulak keje sbg kerani tak tahu apa nama tempat nye, maklumlah baru dtg KL, yg aku tahu Kota Raya dengan umah sewa aku je.

Sebelum gaji aku perlu berjimat, setiap hari hanye bawa duit tambang bas je., 60 sen pegi dan 60 sen balik keje, klu jth 10 sen matilah aku tak dpt balik. untuk makan aku tak heran sgt, perut aku boleh tahan, minum air je dah cukup, masalah nih tak pernah aku citekan pd kwn2 tpt keje aku. biar le aku tanggung sendiri.

Inilah cite yg tak pernah aku lupe spi skrg . kenangan ini bersama kwnku yg bernama yatie, rasanye cite ini dah 18 tahun berlalu. harap dia membaca blog ini, dah lama aku cuba menghubungi nye tapi tak dpt, dah ku cuba tanyekan kwn2 lama tapi semua org tak tahu.

Satu hari tak silap pd kul 10 mlm gitu, itulah waktu aku hbs keje kat Kota Raya, entah kenapa hari tu kwn aku ni rajin sgt dtg jupe aku kat Kota Raya. dia dr pejabat nye nak blk naik bas sama2 dgn aku, konon nye. Keluar dari Kota Raya kami lihat ada gerai jual yong tau foo. kawan aku nih gatal lak nak beli, jadi kami pilih2 lah mana yang nak, ok siap penjual bg tahu harga nye, kami tercengang, nak tak nak terpaksa ambil gak sbb YTF dah siap rebus dan bungkus untuk kami.

Lepas tu kami bjalan saling pandang memandang, aku pandang dia , dia pandang aku, cam ne nih, aku memecahkan kesunyian. duit untuk blk tak cukup nih, duit yg ada cukup untuk sorang je blk. takkan nak tggl sorang kat sini, ini bas yg terakhir nih. aduhhhh ,,, kami berpeluh dalam angin sejuk. kami diam lagi, bertenggek sbil berfikir kat depan metrojaya .

Fikir punye fikir pun tak de jawapan ye gak. kami dulu mana ada Handphone mcm lo ni. sekeliling kami pulak tak de orang, nak p pulangkan blk , maluuu. Ya allah mana nak cari duit nih sblm bas akhir bertolak, tolonglah kami ya allah, berulang kali permintaan itu di ucapkan didalam hati.

Doa kami yg dlm kesusahan ini didengari , berhenti sebuah Teksi didepan kami , turunlah seorang penumpang dari teksi itu, seorang lelaki melayu berumur lebih kurang 20an. Rupa-rupanye dia sesat nak cari Hotal tempat penginapannye , dari terengganu baru dtg ke KL urusan kerja . Kami bglah direction Hotelnye, apalagi inilah peluang kami nak minta tolong, dengan tebal muka kami citekan masalah kami. nasib kami baik jupe dgn right person.

Kami bg tahu hanye memerlukan RM1.20 je utk tambang bas blk umah, klu mahu ambil je YTF kami nih sbg ganti(blm makan lg tu) . Klu tak percaya ambil nombor telefon umah . spi begitu sekali utk kami meyakinkan dia bahawa kami bukan menipu.

Alhamdulilah , akhirnye kami di tolong gak oleh mamat teganu tuh(time kasih byk2,dah lupe namanya) , nasib kami baik bas akhir tu masih ada. sesampai nye kami di rumah telefon terus berdering, cam tahu je kami dah spi umah. rupa2 nye mamat tadi call . nak confirm lah tu kami ni tipu dia ke tidak....

Itu je dulu serba sedikit pengalaman awal saya di Kuala Lumpur, kepada kawan saya yang imbas kembali kenangan dulu bila membaca cerita ini jgn lupe call ye,,,

I'allah , sy akan b'cerita lagi klu ada masa,,,,,
Banyak kenangan manis dan pahit hidup rantau nih